Telah dikisahkan oleh Muhammad bin Hasan:
“pada suatu hari, seorang perompak telah memasuki sebuah rumah. Lalu perompak tersebut mengambil barang-barang berharga dan mengarahkan pemilik rumah tersebut supaya bersumpah ‘ jika dia memberitahu orang lain mengenai peristiwa ini maka akan jatuh talak tiga pada isteri pemilik rumah tersebut’.

lari..lari..
Maka selepas itu, pemilik rumah tersebut melihat si perompak menjual barangannya tanpa ia boleh berbuat apa-apa dek takutkan sumpah yang telah dilafazkan.
Lalu dia terus berjumpa dengan Imam Abu Hanifah mengadukan hal tersebut. Selepas berfikir, Imam Abu Hanifah berkata:
“jemput tok imam dan tok bilal di tempat kamu supaya hadir berjumpa denganku”
Maka datanglah tok imam dan tok bilal. Imam Abu Hanifah lalu berkata:
“adakah kamu semua mahu supaya Allah memulangkan semula barang-barang lelaki ini?”
Tok imam dan tok bilal pun menjawab:
“ya, semestinya!”
Maka Imam Abu Hanifah memberikan cadangannya:
“kumpulkan semua orang di kampungmu di dalam masjid atau dewan, kemudian tanyakan seorang demi seorang ‘inikah perompak itu?”, jika tidak maka kamu wahai pemilik rumah katakan ‘tidak’, namun jika orang tersebut adalah perompak, maka kamu tidak perlu berkata apa-apa.”
Imam Abu Hanifah menyambung….
“Jika pemilik rumah ini diam, maka kamu semua tangkaplah orang yang ditanya tersebut kerana dialah si perompak!”
Dan mereka melakukan seprti apa yang disuruh, lalu tertangkaplah si perompak dan si pemilik rumah terselamat dari sumpah yang dilafazkan.
Wallahua’alam!
……………………………………..
Diceritakan, telah datang seorang lelaki berjumpa dengan Imam Abu Hanifah untuk mengadu permasalahan yang dihadapi. Lelaki itu berkata:
“ aku telah menanam hartaku di suatu tempat. Namun yang sedihnya, aku telah terlupa tempat tersebut. Jadi bagaimanakah untuk menyelesaikan masalahku ini” Sambil berfikir Imam Abu Hanifah menjawab:
“ ini bukanlah masalah Feqah dan aku bukanlah seorang yang ahli dalam masalah ini. tapi…beginilah, kamu balik ke rumah dan malam ini kamu bangunlah solat malam, munajat pada tuhan. Insyallah, kamu akan mengingati di manakah tempat kamu menanam harta tersebut!”
Maka lelaki tersebut melakukan seperti yang dipinta oleh Imam Abu Hanifah. Namun, belum beberapa detik lelaki tersebut bersolat tahajud, dia telah teringat kembali di manakah tempat tersebut! Lalu dia telah menghentikan solat tahajudnya.
Keesokan pagi, pergilah lelaki tadi berjumpa dengan Imam Abu Hanifah dan menceritakan apa yang berlaku. Sungguh takjub si lelaki pada cadangan Imam Abu Hanifah kerana ianya amat berkesan!
Lalu Imam Abu Hanifah berkata pada lelaki tersebut:
“aku amat pasti, sesungguhnya syaitan tidak akan membiarkan kamu bersolat dan beribadat pada Allah, lalu dia mengingatkan kamu di mana tempat harta tersebut supaya kamu tidak khusyuk dan menghentikan ibadat kamu itu”
“maka malam ini, sempurnakanlah ibadat malammu yang terhenti semalam untuk menunjukkan rasa syukur pada Allah!”
IMAM ABU HANIFAH: Nama beliau ialah Nu’man bin Thabit dilahirkan pada tahun 80H dan kembali menemui Ilahi pada tahun 150H.

Nak tanam katne yerrr....