Tinggal dua hari sahaja lagi untuk saya menamatkan zaman pengajian di Mujammak Syeikh Ahmad Kiftaro (harap-harap gitule hendaknya…) dan tidak sampai sebulan, kami akan menghadapi imtihan akhir untuk bergelar ‘khirrij’ yang diharapkan dapat membentuk sebuah umat yang berjaya di dunia dan akhirat.
Timbul pula rasa sayu di hati, pabila tersedar yang kemungkinan tidak dapat bertemu kembali dengan masyaikh yang banyak memberikan ilmu dan mendidik kami. Semoga Allah memanjangkan umur mereka dalam merealisasikan syariat Allah di muka bumi!
Apa-apa pun doakan kami berjaya dengan cemerlang dalam imtihan nanti dan berjaya menjadi du’at yang sentiasa ikhlas dalam arena dakwah. Ameen Ya Rabbal ‘alamin!
Tinggalkan Jawapan